Sesungguhnya Allah Azzawajalla akan bersemayam pada hari kiamat atas jambatan pertengahan di antara syurga dan neraka

TEKS BAHASA ARAB

إن الله – عز وجل – يجلس يوم القيامة على القنطرة الوسطى بين الجنة والنار… وذكر حديثا طويلا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah Azzawajalla akan bersemayam pada hari kiamat atas jambatan pertengahan di antara syurga dan neraka… lalu diriwayatkan hadis yang panjang.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 518, hadis nombor 2751. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن أبي أمامة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إن الله – عز وجل – يجلس يوم القيامة على القنطرة الوسطى بين الجنة والنار… وذكر حديثا طويلا». [عق، ابن الجوزي، «الضعيفة» (5975)].

(Munkar) Daripada Abu Umamah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesungguhnya Allah Azzawajalla akan bersemayam pada hari kiamat atas jambatan pertengahan di antara syurga dan neraka…" lalu diriwayatkan hadis yang panjang. [Riwayat al-'Uqayli dalam al-Du'afa' dan Ibn al-Jawzi dalam al-Maudu'at. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5975].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs