Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah Azzawajalla akan bersemayam pada hari kiamat atas jambatan pertengahan di antara syurga dan neraka

Teks Bahasa Arab

إنَّ اللَّهَ - عزَّ وجلَّ - يجلِسُ يومَ القيامَةِ على القَنطرةِ الوُسطى بينَ الجنَّةِ والنَّارِ... وذَكرَ حديثًا طويلًا.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah Azzawajalla akan bersemayam pada hari kiamat atas jambatan pertengahan di antara syurga dan neraka... lalu diriwayatkan hadis yang panjang.

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 518, hadis no. 2751.

(منکر) عن أبي أمامة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إن الله - عز وجل - يجلس يوم القيامة على القنطرة الوسطى بين الجنة والنار... وذكر حديثا طويلا». [عق، ابن الجوزي، «الضعيفة» (5975)].

(Munkar) Daripada Abu Umamah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesungguhnya Allah Azzawajalla akan bersemayam pada hari kiamat atas jambatan pertengahan di antara syurga dan neraka..." lalu diriwayatkan hadis yang panjang. [Riwayat al-'Uqayli dalam al-Du'afa' dan Ibn al-Jawzi dalam al-Maudu'at. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5975].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.