Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah ‘azza wajalla tidak mewajibkan puasa pada malam hari

Teks Bahasa Arab

إنَّ اللَّهَ عزَّ وجلَّ لم يَكتُب عليَّ اللَّيلَ صيامًا، فمَن صامَ فقَد تعنَّى، ولا أجرَ لَهُ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah ‘azza wajalla tidak mewajibkan ke atasku puasa pada malam hari, barang siapa yang berpuasa maka sesungguhnya dia telah melampaui batas (berlebih-lebihan) dan tidak mendapat sesuatu ganjaran pun.

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa’ad (Abu Sa’id) al-Khair RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1138, hadis no. 5743. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعد (أبي سعيد) الخير -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله ﷺ: ((إن الله عز وجل لم يكتب علي الليل صياما، فمن صام فقد تعنى، ولا أجر له)). [ابن أبي حاتم في ((العلل))، الدولابي، الترمذي في ((العلل المفردة))، ابن أبي داود في ((الصحابة))، ابن قانع، أبو أحمد في ((الكنى))، الشيرازي، ((الضعيفة)) (3083)]

(Lemah) Daripada Abu Sa’ad (Abu Sa’id) al-Khair RA katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesungguhnya Allah ‘azza wajalla tidak mewajibkan ke atasku puasa pada malam hari, barang siapa yang berpuasa maka sesungguhnya dia telah melampaui batas (berlebih-lebihan) dan tidak mendapat sesuatu ganjaran pun." [Riwayat Ibn Abi Hatim dalam al-‘Ilal, al-Dulabi, al-Tirmizi dalam al-‘Ilal al-Mufradah, Ibn Abu Dawud dalam al-Sahabah, Ibn Qani’, dan Abu Ahmad al-Hakim dalam al-Kuna, al-Syirazi. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3083].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.