Sesungguhnya Allah azza wa jalla turun pada setiap malam Jumaat ke dunia bersama 600 000 malaikat lalu duduk di atas kerusi daripada cahaya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن الله عز وجل ينزل كل ليلة جمعة إلى دار الدنيا في ستمائة ألف [ملك] ، فيجلس على كرسي من نور، بين يديه لوح من ياقوتة حمراء، فيه أسماء من يثبت الرؤية والكيفية والصورة من أمة محمد. فيباهي بهم الملائكة. ويقول تبارك وتعالى: هؤلاء عبيدي الذين لم يححدوني وأقاموا سنة نبيي، ولم يخافوا في الله لومة لائم، أشهدكم يا ملائكتي وعزتي وجلالي لأدخلهم الجنة بغير حساب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya Allah azza wa jalla turun pada setiap malam Jumaat ke dunia bersama 600,000 malaikat lalu duduk di atas kerusi daripada cahaya. Di tangan-Nya ada lembaran daripada delima. Padanya ada nama-nama orang yang mengithbatkan al-Ru’yah (penglihatan), al-Kaifiyyah(bentuk) dan al-Surah(gambaran) daripada umat Muhammad. Lalu Malaikat berbangga dengan mereka. Lalu Allah Tabaraka wa Ta’ala berkata: Mereka inilah hamba-Ku yang tidak mengingkari-Ku dan mendirikan sunnah Nabi-Ku, dan mereka tidak takut kepada celaan,bersaksilah wahai para malaikat-Ku dan demi keagungan-Ku, Aku akan masukkan mereka ke dalam syurga tanpa hisab.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 446, 447, hadis nombor 11. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الجوزقاني عن ابن عباس مرفوعا. وقال: كذب موضوع باطل، مركب علي الشيوخ، وضعه أبو السعادات أحمد بن منصور بن الحسن بن القاسم، وهو كذاب، كما قال ابن الجوزي وقال في الميزان: إسناده مظلم ومتن مختلق.

Diriwayatkan oleh al-Jauzaqani daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dia berkata: Ini adalah dusta, palsu dan batil. Direka ke atas guru-guru mereka. Ia direka oleh Abu al-Saadat Ahmad bin Mansur bin al-Hasan bin al-Qasim, seorang pendusta seperti mana yang dikatakan oleh Ibn al-Jauzi. Dia berkata dalam al-Mizan: Sanadnya gelap dan matannya direka.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs