Batil dengan menyebut lafaz Kursi dan duduk
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن الله جل وعز ينزلُ إلى سماءِ الدنيا، وله في كل سماء كرسيٌّ، فإذا نزل إلى سماءِ الدنيا، جلسَ على كرسيِّه، ثم مدَّ ساعديه فيقولُ: من ذا الذي يقرضُ غيرَ عادمٍ ولا ظلومٍ، من ذا الذي يستغفرني فأغفرَ له؟ من ذا الذي يتوبُ فأتوبَ عليه؟ فإذا كانَ عندَ الصبحِ، ارتفعَ، فجلسَ على كرسيِّه.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah Azza wa jalla turun ke langit dunia, dan Dia mempunyai Kursi di setiap langit. Apabila Dia turun ke langit dunia, Dia duduk di atas Kursi-Nya kemudian membentangkan kedua lengan-Nya lalu berfirman: Siapa yang memberi pinjaman (ibadat) kepada Tuhan yang tidak fakir dan tidak zalim? Siapa yang meminta ampun kepada-Ku lalu Aku mengampuninya? Siapa yang bertaubat lalu Aku menerima taubatnya? Apabila tiba waktu subuh, Allah naik lalu duduk di atas Kursi-Nya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil dengan menyebut lafaz Kursi dan duduk
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2052, hadis no. 10322. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل بذكر (الكرسي والجلوس)) عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي ﷺ قال: إن الله عز وجل ينزل إلى سماء الدنيا، وله في كل سماء كرسي، فإذا نزل إلى سماء الدنيا، جلس على كرسيه، ثم مد ساعديه فيقول: من ذا الذي يقرض غير عادم ولا ظلوم، من ذا الذي يستغفرني فأغفر له؟، من ذا الذي يتوب فأتوب عليه؟ فإذا كان عند الصبح، ارتفع، فجلس على كرسيه. [ابن منده في ((الرد على الجهمية))، ((الضعيفة)) (6334)]
(Batil dengan menyebut lafaz Kursi dan duduk) Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah Azza wa jalla turun ke langit dunia, dan Dia mempunyai Kursi di setiap langit. Apabila Dia turun ke langit dunia, Dia duduk di atas Kursi-Nya kemudian membentangkan kedua lengan-Nya lalu berfirman: Siapa yang memberi pinjaman (ibadat) kepada Tuhan yang tidak fakir dan tidak zalim? Siapa yang meminta ampun kepada-Ku lalu Aku mengampuninya? Siapa yang bertaubat lalu Aku menerima taubatnya? Apabila tiba waktu subuh, Allah naik lalu duduk di atas Kursi-Nya. [Riwayat Ibn Mandah dalam al-Radd ‘ala al-Jahmiah. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6334]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman