Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla tidak menghalalkan pada fitnah (bencana) sesuatu yang Dia haramkannya sebelum itu

TEKS BAHASA ARAB

إن الله عز وجل لم يحل في الفتنة شيئا حرمه قبل ذلك، ما بال أحدكم يأتي أخاه فيسلم عليه، ثم يأتي بعد ذلك فيقتله؟.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla tidak menghalalkan pada fitnah (bencana) sesuatu yang Dia haramkannya sebelum itu. Dan adakah padan salah seorang kamu yang datang kepada saudaranya, lalu dia memberi salam kepadanya, kemudian setelah itu dia datang untuk membunuhnya?

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 41, hadis nombor 163. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – عن النبي صلى الله عليه وسلم: ((إن الله عز وجل لم يحل في الفتنة شيئا حرمه قبل ذلك، ما بال أحدكم يأتي أخاه فيسلم عليه، ثم يأتي بعد ذلك فيقتله؟ !)).
[طب، ((الضعيفة)) (2807)]

(Lemah) Daripada Abū Umāmah RA daripada Nabi SAW: Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla tidak menghalalkan pada fitnah (bencana) sesuatu yang Dia haramkannya sebelum itu. Dan adakah padan salah seorang kamu yang datang kepada saudaranya, lalu dia memberi salam kepadanya, kemudian setelah itu dia datang untuk membunuhnya?
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2807]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs