Palsu Dengan Selengkap Ini

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla telah menciptakan ciptaan kepada dua bahagian

Teks Bahasa Arab

إِنَّ اللَّهَ -عَزَّ وَجَلَّ - خَلَقَ الْخَلْقَ قِسْمَيْنِ، فَجَعَلَنِي فِي خَيْرِهِمَا قِسْمًا، فَذَلِكَ قَولُ الله -عَزَّ وَجّلَّ -: (وَأَصْحَابُ اليَمِينِ)، (وَأَصْحَابُ الشِّمَالِ)؛ فَأَنَا مِنْ أَصْحَابِ اليَمِينِ؛ وَأَنَا خَيْرُ أَصْحَابِ اليَمِيْنِ، ثُمَّ جَعَلَ الْقِسْمَيْنِ أَثْلَاثًا، فَجَعَلَنِي فِي خَيْرِهَا ثُلُثًا، فَذَلِكَ قَولُهُ: (وَأَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ)، (وَالسَّابِقُونَ السَّابِقُونَ)؛ فّأَنَا خَيرُ السَّابقينَ، ثُمَّ جَعَلَ الأَثْلَاثَ قَبَائِلَ فَجَعَلَنِي فِي خَيْرِهَا قَبِيلَةً، وَذَلِكَ قَولُهُ: (وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ)؛ وَأَنَا أَتْقَى وَلِدِ آدَمَ وَأَكرَمُهُمْ عَلَى اللَّهِ - عَزَّ وَجَلَ -، ثُمَّ جَعَلَ القَبَائِلَ بُيُوتًا؛ فَجَعَلَنِي فِي خَيرِهَا بَيْتًا، وَذَلِكَ قَولُهُ: (إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا)، وَأَنَا وَأَهلُ بَيْتِي مُطَهَّرُونَ مِنَ الذُّنُوبِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla telah menciptakan ciptaan kepada dua bahagian: Allah telah menjadikan aku yang paling baik daripada dua bahagian itu, maka demikian firman-Nya: dan (Golongan kanan), (Dan golongan kiri), lalu aku ialah golongan kanan. Dan aku adalah yang terbaik daripada golongan kanan. Kemudian Dia jadikan dua bahagian ini tiga. Lalu Dia jadikanku sepertiga yang terbaik. Demikianlah firman Allah: (Dan golongan kanan), (Dan orang-orang yang paling dahulu beriman) (QS. Al-Waqi’ah, 8 & 10), dan aku paling baik daripada orang-orang (beriman) yang terdahulu, kemudian Dia jadikan puak yang ketiga seraya telah Dia jadikan aku dalam puak yang terbaik, maka demikian (pula) firman-Nya: (Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal) (QS. Al-Hujurat, 13), dan aku orang yang paling bertakwa dalam kalangan anak Adam AS dan aku memuliakan mereka semata kerana Allah ‘Azza wa Jalla, kemudian Dia jadikan puak-puak itu rumah-rumah; lalu Dia jadikan aku dalam rumah yang terbaik, dan demikian firman-Nya (Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu wahai ahli bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.) (QS. Al-Ahzab, 33), dan aku dan keluargaku (adalah dalam kalangan) orang-orang yang suci daripada dosa.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu Dengan Selengkap Ini

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1889, hadis no. 9513. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا التمام) عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم-: ((إن الله - عز وجل - خلق الخلق قسمين، فجعلني في خيرهما قسما، وذلك قول الله - عز وجل - : (وأصحاب اليمين) و (وأصحاب الشمال)؛ فأنا من أصحاب اليمين؛ وأنا خير أصحاب اليمين، ثم جعل القسمين ثلاثا، فجعلني في خيرها ثلثا، فذلك قوله: (أصحاب الميمنة)، (والسابقون السابقون)؛ فأنا خير السابقين، ثم جعل الأثلاث قبائل فجعلني في خيرها قبيلة، فذلك قوله: (وجعلناكم شعوبا وقبائل لتعارفوا إن أكرمكم عند الله أتقاكم إن الله عليم خبير)؛ وأنا أتقى ولد آدم وأكرمهم على الله –عز وجل -، ثم جعل القبائل بيوتا؛ فجعلني في خيرها بيتا، وذلك قوله: (إنما يريد الله ليذهب عنكم الرجس أهل البيت ويطهركم تطهيرا)، وأنا وأهل بيتي مطهرون من الذنوب)). [الفسوى، ((الضعيفة)) (5495)].

(Palsu Dengan Selengkap Ini) Daripada Ibnu ‘Abbas RA berkata: sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla telah menciptakan ciptaan kepada dua bahagian: Allah telah menjadikan aku yang paling baik daripada dua bahagian itu, maka demikian firman-Nya: dan (Golongan kanan), (Dan golongan kiri), lalu aku ialah golongan kanan. Dan aku adalah yang terbaik daripada golongan kanan. Kemudian Dia jadikan dua bahagian ini tiga. Lalu Dia jadikanku sepertiga yang terbaik. Demikianlah firman Allah: (Dan golongan kanan), (Dan orang-orang yang paling dahulu beriman) (QS. Al-Waqi’ah, 8 & 10), dan aku paling baik daripada orang-orang (beriman) yang terdahulu, kemudian Dia jadikan puak yang ketiga seraya telah Dia jadikan aku dalam puak yang terbaik, maka demikian (pula) firman-Nya: (Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal) (QS. Al-Hujurat, 13), dan aku orang yang paling bertakwa dalam kalangan anak Adam AS dan aku memuliakan mereka semata kerana Allah ‘Azza wa Jalla, kemudian Dia jadikan puak-puak itu rumah-rumah; lalu Dia jadikan aku dalam rumah yang terbaik, dan demikian firman-Nya (Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu wahai ahli bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.) (QS. Al-Ahzab, 33), dan aku dan keluargaku (adalah dalam kalangan) orang-orang yang suci daripada dosa." [ٌRiwayat al-Fasawi. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5495]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.