Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah azza wa jalla menjadikan bagi setiap nabi ada syahwat

Teks Bahasa Arab

إنَّ اللهَ عز وجل جعل لكلِّ نبيٍّ شهوةً، وإنَّ شهوتي في قيامِ هذا الليلِ،إذا قمتُ فلا يصلينَّ أحدٌ خَلفى . وإنَّ اللهَ جعل لكلِّ نبيِّ طعمةً، وإنَّ طعمتى هذا الخمُسُ، فإذا قُبِضتُ فهو لولاةِ الأمرِ منْ بعدي.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah azza wa jalla menjadikan bagi setiap nabi ada syahwat. Dan sesungguhnya syahwatku ialah mendirikan malam ini. Jika aku bangun malam, maka janganlah seorang pun solat di belakangku. Dan sesungguhnya Allah menjadikan untuk setiap nabi ada cicipan rasa. Dan cicipan rasaku ialah satu perlima (daripada rampasan perang). Apabila aku telah meninggal dunia, maka ianya untuk para pemerintah selepasku.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 990, hadis no. 5099. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

5099-79- (ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم كان جالساً ذات يوم، والناس حوله، فقال: إن الله عز وجل جعل لكل نبي شهوة، وإن شهوتي في قيام هذا الليل، إذا قمت فلا يصلين أحد خلفي. وإن الله جعل لكل نبي طعمة، وإن طعمتي هذا الخمس، فإذا قبضت فهو لولاة الأمر من بعدي. [طب، ((الضعيفة)) (3063)]

(Lemah) Daripada ibn Abbas RHuma bahawasanya Nabi SAW satu hari sedang duduk dan manusia sekelilingnya. Lalu baginda berkata: Sesungguhnya Allah azza wa jalla menjadikan bagi setiap nabi ada syahwat. Dan sesungguhnya syahwatku ialah mendirikan malam ini. Jika aku bangun malam, maka janganlah seorang pun solat di belakangku. Dan sesungguhnya Allah menjadikan untuk setiap nabi ada cicipan rasa. Dan cicipan rasaku ialah satu perlima (daripada rampasan perang). Apabila aku telah meninggal dunia, maka ianya untuk para pemerintah selepasku. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3063]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.