Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla menciptakan dalam syurga

TEKS BAHASA ARAB

إن الله -عز وجل- خلق في الجنة ريحاً بعد الريح بسبع سنين، وإن من دونها باباً مغلقاً، وإنما تأتيكم الريح ‌من ‌خلل ذلك الباب، ولو فتح لأذرت ما بين السماء والأرض من شيء وهي عند الله الأزيب، وهي فيكم الجنوب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla menciptakan dalam syurga suatu angin selepas angin selama tujuh tahun. Walaupun ada pintu yang tertutup, namun angin itu akan masuk dari lubang-lubang yang ada pada pintu itu. Jika ia dibuka maka ia menerbangkan apa yang ada di antara langit dan bumi dan ia di sisi Allah adalah angin Azyab. Ia berlaku di sebelah selatan kamu.”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 660, hadis nombor 3407. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي ذر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن الله -عز وجل- خلق في الجنة ريحا بعد الريح بسبع سنين، وإن من دونها باباً مغلقاً، وإنما تأتيكم الريح ‌من ‌خلل ذلك الباب، ولو فتح لأذرت ما بين السماء والأرض من شيء وهي عند الله الأزيب، وهي فيكم الجنوب)). [الحميدي، تخ، البزار، ابن أبي حاتم في ((العلل))، هق، السرقسطي في ((الغريب)) المحاملي في ((الأمالي)) الثقفي في((الثقفيات))، ((الضعيفة)) (3074)]

(Palsu) Daripada Abu Zar RA secara marfu’: “Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla menciptakan dalam syurga suatu angin selepas angin selama tujuh tahun. Walaupun ada pintu yang tertutup, namun angin itu akan masuk dari lubang-lubang yang ada pada pintu itu. Jika ia dibuka maka ia menerbangkan apa yang ada di antara langit dan bumi dan ia di sisi Allah adalah angin Azyab. Ia berlaku di sebelah selatan kamu.” [Riwayat al-Humaidi dalam Musnadnya, al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir, al-Bazzar dalam al-Musnad, Ibn Abi Hatim dalam al-‘Ilal, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, al-Sarqasti dalam al-Gharib, al-Mahamili dalam al-Amali, al-Thaqafi dalam al-Thaqafiyyat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3074]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs