Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla memulakan perkara ini dengan kenabian dan rahmat

TEKS BAHASA ARAB

إن الله عز وجل بدأ هذا الأمر نبوة ورحمة، وكائنا خلافة ورحمة، وكائنا ملكا عضوضا، وكائنا عنوة وجبرية وفسادا في الأرض، يستحلون الفروج والخمور والحرير، وينصرون على ذلك، ويرزقون أبدا حتى يلقوا الله.

 

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla memulakan perkara ini dengan kenabian dan rahmat, muncul (selepas itu) khilafah dan rahmat, muncul (selepas itu) raja yang zalim, muncul (selepas itu) kekerasan, kezaliman dan kerosakan di bumi, menghalalkan kemaluan (zina), arak dan juga sutera, dan mereka dibantu ke atas (perkara) itu, serta direzekikan buat selamanya sehingga mereka berjumpa Allah.

 

STATUS

Munkar Secara Kesuluruhannya

 

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 835-836, hadis nombor 4282. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن أبي عبيدة بن الجراح ومعاذ بن جبل -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((إن الله -عز وجل- بدأ هذا الأمر نبوة ورحمة، وكائنا خلافة ورحمة، وكائنا ملكا عضوضا، وكائنا عنوة وجبرية وفسادا في الأرض، يستحلون الفروج والخمور والحرير، وينصرون على ذلك، ويرزقون أبدا حتى يلقوا الله)).
[الطيالسي، ((الضعيفة)) (3055)]

(Munkar Secara Keseluruhannya) Daripada Abū ‘Ubaidah bin al-Jarrāḥ dan Mu‘az bin Jabal RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla memulakan perkara ini dengan kenabian dan rahmat, muncul (selepas itu) khilafah dan rahmat, muncul (selepas itu) raja yang zalim, muncul (selepas itu) kekerasan, kezaliman dan kerosakan di bumi, menghalalkan kemaluan (zina), arak dan juga sutera, dan mereka dibantu ke atas (perkara) itu, serta direzekikan buat selamanya sehingga mereka berjumpa Allah.
[Riwayat al-Ṭayālisī dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3055]

 

 

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

 

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

 

 

 

 

 

 

 

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs