Munkar Dengan Selengkap Ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ عز وجل بدأ هذا الأمرَ نبوَّةً ورحمةً وكائنًا خلافةً ورحمةً، وكائنًا مُلكًا عَضوضًا،وكائنًا عنوةً وجبريةً وفسادًا في الأرضِ، يستحلُّون الفروجَ والخمورَ والحريرَ، ويُنصرونَ على ذلكَ، ويُرزقونَ أبدًا حتى يلقَوُا اللهَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla memulakan perkara ini dengan kenabian dan rahmat, muncul (selepas itu) khilafah dan rahmat, muncul (selepas itu) raja yang zalim, muncul (selepas itu) kekerasan, kezaliman dan kerosakan di bumi, menghalalkan kemaluan (zina), arak dan juga sutera, dan mereka dibantu ke atas (perkara) itu, serta direzekikan buat selamanya sehingga mereka berjumpa Allah.
Sahabat Perawi
- Abu Ubaidah bin Al-Jarrah RA
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar Dengan Selengkap Ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 835-836, hadis no. 4282. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا التمام) عن أبي عبيدة بن الجراح ومعاذ بن جبل -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((إن الله -عز وجل- بدأ هذا الأمر نبوة ورحمة، وكائنا خلافة ورحمة، وكائنا ملكا عضوضا، وكائنا عنوة وجبرية وفسادا في الأرض، يستحلون الفروج والخمور والحرير، وينصرون على ذلك، ويرزقون أبدا حتى يلقوا الله)). [الطيالسي، ((الضعيفة)) (3055)]
(Munkar Dengan Selengkap Ini) Daripada Abū ‘Ubaidah bin al-Jarrāḥ dan Mu‘az bin Jabal RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla memulakan perkara ini dengan kenabian dan rahmat, muncul (selepas itu) khilafah dan rahmat, muncul (selepas itu) raja yang zalim, muncul (selepas itu) kekerasan, kezaliman dan kerosakan di bumi, menghalalkan kemaluan (zina), arak dan juga sutera, dan mereka dibantu ke atas (perkara) itu, serta direzekikan buat selamanya sehingga mereka berjumpa Allah. [Riwayat al-Ṭayālisī dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3055]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman