Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla mempunyai sekumpulan makhluk yang Dia telah ciptakan mereka untuk menyelesaikan keperluan orang ramai

TEKS BAHASA ARAB

إن لله عز وجل خلقاً خلقهم لحوائج الناس، يفزع الناس إليهم في حوائجهم، أولئك الآمنون من عذاب الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla mempunyai sekumpulan makhluk yang Dia telah ciptakan mereka untuk menyelesaikan keperluan orang ramai. Orang ramai akan mencari mereka dalam setiap keperluan mereka. Mereka itulah golongan yang selamat daripada azab Allah SWT.)

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 51, hadis nombor 209. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ((إن لله عز وجل خلقاً خلقهم لحوائج الناس، يفزع الناس إليهم في حوائجهم، أولئك الآمنون من عذاب الله)). [طب، حل، ((الضعيفة)) (3319)].

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA beliau telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: ((Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla mempunyai sekumpulan makhluk yang Dia telah ciptakan mereka untuk menyelesaikan keperluan orang ramai. Orang ramai akan mencari mereka dalam setiap keperluan mereka. Mereka itulah golongan yang selamat daripada azab Allah SWT.))
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3319].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs