Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ للهِ عز وجل خلْقًا خلقَهم لحوائجِ الناسِ، يفزعُ الناسُ إليهمْ في حوائجِهم، أولئكَ الآمنونَ من عذابِ اللهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla mempunyai sekumpulan makhluk yang Dia telah ciptakan mereka untuk menyelesaikan keperluan orang ramai. Orang ramai akan mencari mereka dalam setiap keperluan mereka. Mereka itulah golongan yang selamat daripada azab Allah SWT.)
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 51, hadis no. 209. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر - رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ((إن لله عز وجل خلقاً خلقهم لحوائج الناس، يفزع الناس إليهم في حوائجهم، أولئك الآمنون من عذاب الله)). [طب، حل، ((الضعيفة)) (3319)].
(Daif) Daripada Ibn ‘Umar RA beliau telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: ((Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla mempunyai sekumpulan makhluk yang Dia telah ciptakan mereka untuk menyelesaikan keperluan orang ramai. Orang ramai akan mencari mereka dalam setiap keperluan mereka. Mereka itulah golongan yang selamat daripada azab Allah SWT.)) [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3319].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman