Munkar Dengan Konteks Ini

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah azza wa jalla membiarkan hingga berlalu separuh pertama bagi malam

Teks Bahasa Arab

إنَّ اللهَ عز وجل يُمهلُ حتى يمضيَ شَطرُ الليلِ الأولِ، ثم يأمر مناديًا ينادي يقول: هلْ من داعٍ يُستجابُ لهُ؟ هلْ منْ مُستغفرٍ يُغفَرُ لهُ، هلْ منْ سائلٍ يُعطَى.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah azza wa jalla membiarkan hingga berlalu separuh pertama bagi malam, kemudian Dia akan menyuruh malaikat penyeru untuk menyeru dengan berkata: Adakah orang yang mahu berdoa lalu dimustajabkan doanya? Adakah orang yang mahu memohon keampunan lalu diberikan keampunan kepadanya? Adakah orang yang mahu meminta lalu diberikan apa yang diminta?

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA
  2. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar Dengan Konteks Ini

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1461, hadis no. 7432. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا السياق) عن أبي هريرة وأبي سعيد - رضي الله عنهما - مرفوعاً: ((إن لله -عز وجل- يمهل حتى يمضي شطر الليل الأول، ثم يأمر منادياً ينادي يقول: هل من داع يستجاب له؟ هل من مستغفر يغفر له، هل من سائل يعطى)). [النسائي في ((اليوم والليلة))، ((الضعيفة)) (3897)]

(Munkar dengan konteks ini) Daripada Abu Hurairah dan Abu Sa'id RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah azza wa jalla membiarkan hingga berlalu separuh pertama bagi malam, kemudian Dia akan menyuruh malaikat penyeru untuk menyeru dengan berkata: Adakah orang yang mahu berdoa lalu dimustajabkan doanya? Adakah orang yang mahu memohon keampunan lalu diberikan keampunan kepadanya? Adakah orang yang mahu meminta lalu diberikan apa yang diminta? [Riwayat al-Nasa'ei dalam 'Amal al-Yawm Wa al-Lailah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3897]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.