Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla membahagi-bahagikan rezeki manusia di antara tempoh terbitnya fajar sehinggalah terbitnya matahari

TEKS BAHASA ARAB

يا بنية! قومي، فاشهدي رزق ربك عز وجل، ولا تكوني من الغافلين؛ فإن الله عز وجل يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai anak perempuanku, bangunlah kamu dan saksikanlah rezeki Tuhanmu Azza Wa Jalla. Dan janganlah kamu tergolong dalam kalangan orang yang lalai. Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla membahagi-bahagikan rezeki manusia di antara tempoh terbitnya fajar sehinggalah terbitnya matahari.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 221, hadis nombor 1175. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن فاطمة بنت محمد – رضي الله عنها -، قالت: مر بي رسول الله – صلى الله عليه وسلم – وأنا مضطجعة متصبحة، فحركني برجله، ثم قال: ((يا بنية! قومي، فاشهدي رزق ربك عز وجل، ولا تكوني من الغافلين؛ فإن الله عز وجل يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس)). [هب، ابن بشران، ((الضعيفة)) (5170)]

(Palsu)
Daripada Fatimah binti Muhammad RA beliau berkata: Rasulullah SAW berjalan melalui aku ketika aku dalam keadaan berbaring mengiring setelah mengerjakan solat Subuh. Lalu Baginda menggerakkan aku dengan kakinya, dan bersabda: ‘Wahai anak perempuanku, bangunlah kamu dan saksikanlah rezeki Tuhanmu Azza Wa Jalla. Dan janganlah kamu tergolong dalam kalangan orang yang lalai. Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla membahagi-bahagikan rezeki manusia di antara tempoh terbitnya fajar sehinggalah terbitnya matahari’.
[Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman dan Ibn Bisyran. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5170]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs