Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla itu Maha Penyayang

Teks Bahasa Arab

إنَّ اللهَ عزَّ وجلَّ رحيمٌ، لا يضعُ رحمتَهُ إلَّا علَى رحيمٍ، و لا يُدخلُ الجنَّةَ إلَّا رحيمًا قالوا: إنَّا لنرحمُ أموالَنا وأهْلينا قال: ليسَ بذلكَ، و لَكن ما قالَ اللهُ عزَّ وجلَّ: (حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ).

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla itu Maha Penyayang. Dia tidak akan meletakkan rahmat-Nya melainkan kepada orang yang penyayang. Dan Dia tidak akan memasukkan ke dalam syurga melainkan orang yang penyayang. Para sahabat bertanya: “Sesungguhnya kami menyayangi harta benda kami dan ahli keluarga kami. Lalu Baginda SAW bersabda: Bukan seperti itu. Akan tetapi seperti yang difirmankan oleh Allah Azza Wa Jalla: “Sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu dan amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang mukmin.” [al-Tawbah: 128]

Sahabat Perawi

  1. Abū Ṣāliḥ al-Ḥanafī

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 33, hadis no. 119. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي صالح الحنفي قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ((إن الله -عز وجل- رحيم، لا يضع رحمته إلا على رحيم، ولا يدخل الجنة إلا رحيما. قالوا: إنا لنرحم أموالنا وأهلينا، قال: ليس بذلك، ولكن ما قال الله عز وجل {حريص عليكم بالمؤمنين رؤوف رحيم})). [أحمد في ((الزهد))، ((الضعيفة)) (2118)]

(Daif) Daripada Abū Ṣāliḥ al-Ḥanafī telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla itu Maha Penyayang. Dia tidak akan meletakkan rahmat-Nya melainkan kepada orang yang penyayang. Dan Dia tidak akan memasukkan ke dalam syurga melainkan orang yang penyayang. Para sahabat bertanya: “Sesungguhnya kami menyayangi harta benda kami dan ahli keluarga kami. Lalu Baginda SAW bersabda: Bukan seperti itu. Akan tetapi seperti yang difirmankan oleh Allah Azza Wa Jalla: “Sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu dan amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang mukmin.” [al-Tawbah: 128] [Riwayat Aḥmad dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2118]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.