Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla duduk pada hari kiamat di atas jambatan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله عز وجل يجلس يوم القيامة على القنطرة الوسطى بين الجنة والنار… وذكر حديثا طويلا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla duduk pada hari kiamat di atas jambatan yang terletak di tengah-tengah antara syurga dan neraka… lalu disebutkan hadis yang panjang.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 679, hadis nombor 3495. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي أمامة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن الله عز وجل يجلس يوم القيامة على القنطرة الوسطى بين الجنة والنار… وذكر حديثا طويلا)). [عق، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (5975)]

(Munkar) Daripada Abū Umāmah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla duduk pada hari kiamat di atas jambatan yang terletak di tengah-tengah antara syurga dan neraka… lalu disebutkan hadis yang panjang. [Riwayat al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn al-Jauzī dalam al-Mauḍū‘āt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5975]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.