Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللَّهَ عزَّ وجلَّ يجلِسُ يومَ القيامَةِ على القَنطرةِ الوُسطى بينَ الجنَّةِ والنَّارِ... وذَكرَ حديثًا طويلًا.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla duduk pada hari kiamat di atas jambatan yang terletak di tengah-tengah antara syurga dan neraka… lalu disebutkan hadis yang panjang.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 679, hadis no. 3495. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي أمامة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن الله عز وجل يجلس يوم القيامة على القنطرة الوسطى بين الجنة والنار... وذكر حديثا طويلا)). [عق، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (5975)]
(Munkar) Daripada Abū Umāmah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla duduk pada hari kiamat di atas jambatan yang terletak di tengah-tengah antara syurga dan neraka… lalu disebutkan hadis yang panjang. [Riwayat al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn al-Jauzī dalam al-Mauḍū‘āt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5975]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman