TEKS BAHASA ARAB
إن الله – عز وجل – ليدرأ بالصدقة سبعين [بابا من] ميتة السوء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla benar-benar akan menghindarkan dengan amalan sedekah akan 70 [pintu] keadaan kematian yang buruk.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1181, hadis nombor 5988. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – عن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((إن الله – عز وجل – ليدرأ بالصدقة سبعين [بابا من] ميتة السوء)). [ابن المبارك في ((البر والصلة))، ((الضعيفة)) (5308)]
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA daripada Nabi Muhammad SAW, telah bersabda: Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla benar-benar akan menghindarkan dengan amalan sedekah akan 70 [pintu] keadaan kematian yang buruk. [Riwayat Ibn al-Mubarak dalam al-Birr Wasilah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5308]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.