Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ اللهَ - عَزَّ وَجَلَّ لَيَدْرَأُ بِالصَّدَقَةِ سَبعِينَ [بَابًا من] مِيتَةِ السُّوءِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla benar-benar akan menghindarkan dengan amalan sedekah akan 70 [pintu] keadaan kematian yang buruk.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1181, hadis no. 5988. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - عن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: ((إن الله - عز وجل - ليدرأ بالصدقة سبعين [بابا من] ميتة السوء)). [ابن المبارك في ((البر والصلة))، ((الضعيفة)) (5308)]
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA daripada Nabi Muhammad SAW, telah bersabda: Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla benar-benar akan menghindarkan dengan amalan sedekah akan 70 [pintu] keadaan kematian yang buruk. [Riwayat Ibn al-Mubarak dalam al-Birr Wasilah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5308]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman