Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن الله عَزَّ وَجَلَّ إذا أراد بقوم بقاءً أو نَمَاءً؛ رزقهم السَّماحة والعَفَاف، وإذا أراد بقوم اقْتِطاعاً؛ فتح عليهم باب خِيانةٍ، ثم نَزَعَ: {حَتَّى إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ}.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla apabila menghendaki sebuah kaum itu untuk kekal dan membangun, Dia akan memberi mereka sifat kemurahan hati dan menjaga maruah diri. Apabila Dia menghendaki sebuah kaum itu untuk berpecah, maka Dia akan membuka pintu pengkhianatan bagi mereka. Kemudian Dia menyentap (mereka) (yakni menimpakan seksa yang membawa kemusnahan). Firman Allah SWT: ‘Sehingga apabila mereka bergembira dan bersuka-ria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).’ [al-An’am: 44]
Sahabat Perawi
- Ubadah bin Samit RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1549, hadis no. 7857. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبادة بن الصامت -رضي الله عنه-: أن رسول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كان يقول: ((إن الله عَزَّ وَجَلَّ إذا أراد بقوم بقاءً أو نَمَاءً؛ رزقهم السَّماحة والعَفَاف، وإذا أراد بقوم اقْتِطاعاً؛ فتح عليهم باب خِيانةٍ، ثم نَزَعَ: {حَتَّى إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ})) [ابن أبي حاتم، ((الضعيفة)) (6163)
(Munkar) Daripada Ubadah Bin Samit RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla apabila menghendaki sebuah kaum itu untuk kekal dan membangun, Dia akan memberi mereka sifat kemurahan hati dan menjaga maruah diri. Apabila Dia menghendaki sebuah kaum itu untuk berpecah, maka Dia akan membuka pintu pengkhianatan bagi mereka. Kemudian Dia menyentap (mereka) (yakni menimpakan seksa yang membawa kemusnahan). Firman Allah SWT: ‘Sehingga apabila mereka bergembira dan bersuka-ria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).’ [al-An’am: 44] [Riwayat Ibn Abi Hatim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6163]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman