Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla apabila mahukan kaum itu kekal atau berkembang, nescaya Dia akan memberikan rezeki kepada mereka dengan sifat bertolak ansur

TEKS BAHASA ARAB

إن الله عز وجل إذا أراد بقوم بقاء أو نماء رزقهم السماحة والعفاف وإذا أراد بقوم اقتطاعا فتح عليهم باب خيانة ثم نزع : {حتى إذا فرحوا بما أوتوا أخذناهم بغتة فإذا هم مبلسون}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla apabila mahukan sesebuah kaum itu kekal atau berkembang, nescaya Dia akan memberikan rezeki kepada mereka dengan sifat bertolak ansur dan memelihara kehormatan diri. Apabila Allah SWT mahu memutuskan kelangsungan sesebuah kaum, nescaya Allah SWT akan membukakan buat mereka pintu khianat, kemudian saling berselisihan: {Sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka secara mengejut, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa}. [al-An‘ām ayat 44]

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 122, hadis nombor 627. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبادة بن الصامت رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الله عَزَّ وَجَلَّ إذا أراد بقوم بقاءً أو نَمَاءً رزقهم السَّماحة والعَفَاف وإذا أراد بقوم اقْتِطاعاً فتح عليهم باب خِيانةٍ ثم نَزَعَ: {حَتَّى إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ}. [ابن أبي حاتم في تفسيره، الضعيفة (6163)]

(Munkar) Daripada ‘Ubādah ibn al-Ṣāmit RA telah berkata: “Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla apabila mahukan sesebuah kaum itu kekal atau berkembang, nescaya Dia akan memberikan rezeki kepada mereka dengan sifat bertolak ansur dan memelihara kehormatan diri. Apabila Allah SWT mahu memutuskan kelangsungan sesebuah kaum, nescaya Allah SWT akan membukakan buat mereka pintu khianat, kemudian saling berselisihan: {Sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka secara mengejut, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa}. [al-An‘ām ayat 44]. [Diriwayatkan oleh Ibn Abī Ḥātim dalam Tafsīrnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6163]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs