Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن الله عَزَّ وَجَلَّ إذا أراد بقوم بقاءً أو نَمَاءً؛ رزقهم السَّماحة والعَفَاف، وإذا أراد بقوم اقْتِطاعاً؛ فتح عليهم باب خِيانةٍ، ثم نَزَعَ: {حَتَّى إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ}.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla apabila mahukan sesebuah kaum itu kekal atau berkembang, nescaya Dia akan memberikan rezeki kepada mereka dengan sifat bertolak ansur dan memelihara kehormatan diri. Apabila Allah SWT mahu memutuskan kelangsungan sesebuah kaum, nescaya Allah SWT akan membukakan buat mereka pintu khianat, kemudian saling berselisihan: {Sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka secara mengejut, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa}. [al-An‘ām ayat 44]
Sahabat Perawi
- ‘Ubādah bin al-Ṣāmit RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 122, hadis no. 627. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبادة بن الصامت رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الله عَزَّ وَجَلَّ إذا أراد بقوم بقاءً أو نَمَاءً رزقهم السَّماحة والعَفَاف وإذا أراد بقوم اقْتِطاعاً فتح عليهم باب خِيانةٍ ثم نَزَعَ: {حَتَّى إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ}. [ابن أبي حاتم في تفسيره، الضعيفة (6163)]
(Munkar) Daripada ‘Ubādah ibn al-Ṣāmit RA telah berkata: “Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla apabila mahukan sesebuah kaum itu kekal atau berkembang, nescaya Dia akan memberikan rezeki kepada mereka dengan sifat bertolak ansur dan memelihara kehormatan diri. Apabila Allah SWT mahu memutuskan kelangsungan sesebuah kaum, nescaya Allah SWT akan membukakan buat mereka pintu khianat, kemudian saling berselisihan: {Sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka secara mengejut, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa}. [al-An‘ām ayat 44]. [Riwayat Ibn Abī Ḥātim dalam Tafsīrnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6163]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman