Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla apabila Dia murka ke atas suatu umat, tidak akan diturunkan kepadanya azab

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله -عز وجل- إذا غضب على أمة لم ينزل بها العذاب؛ غلت أسعارها، وقصرت أعمارها، ولم تربح تجارتها، وحبس عنها أمطارها، ولم تغزر أنهارها، وسلط عليها شرارها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla apabila Dia murka ke atas suatu umat, tidak akan diturunkan kepadanya azab; bahkan menjadi mahal harga-harga (barangan)nya, menjadi pendek umur-umur (orang)nya, menjadi tidak untung perniagaannya, Dia menahan daripadanya hujan-hujannya, tidak menjadi deras sungai-sungainya, dan Dia menjadikan orang-orang jahatnya berkuasa ke atasnya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1981, hadis nombor 9917. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن الله -عز وجل- إذا غضب على أمة لم ينزل بها العذاب؛ غلت أسعارها، وقصرت أعمارها، ولم تربح تجارتها، وحبس عنها أمطارها، ولم تغزر أنهارها، وسلط عليها شرارها)).
[فر، ابن عساكر، ابن النجار، ((الضعيفة)) (1837)]

(Sangat Lemah) Daripada ‘Alī bin Abī Ṭālib RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla apabila Dia murka ke atas suatu umat, tidak akan diturunkan kepadanya azab; bahkan menjadi mahal harga-harga (barangan)nya, menjadi pendek umur-umur (orang)nya, menjadi tidak untung perniagaannya, Dia menahan daripadanya hujan-hujannya, tidak menjadi deras sungai-sungainya, dan Dia menjadikan orang-orang jahatnya berkuasa ke atasnya.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq, Ibn al-Najjār. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1837]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.