Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن الله إذا أحب عبد اً وأراد أن يصافيه؛ صب عليه البلاء صباً، وثجه عليه ثجاً.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah apabila menyukai hamba-Nya dan hendak menyucikannya maka Allah menimpakan baginya bala dan mencurahkan ke atasnya curahan yang berterusan.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1489, hadis no. 7595. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك مرفوعاً: إن الله إذا أحب عبد اً وأراد أن يصافيه؛ صب عليه البلاء صباً، وثجه عليه ثجاً؛ فإذا دعا العبد قال: يا رباه! قال الله: "لبيك عبد ي! لا تسألني شيئاً إلا أعطيتك؛ إما أن أعجله لك، وإما أن أدخره لك". [ابن أبي الدنيا في ((المرض والكفارات))، ((الضعيفة)) (4993]
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya Allah apabila menyukai hamba-Nya dan hendak menyucikannya maka Allah menimpakan baginya bala dan mencurahkan ke atasnya curahan yang berterusan, apabila hamba tersebut berdoa: Wahai Tuhanku! Maka Allah berkata: Aku menyahut seruanmu wahai hamba-Ku, tidaklah kamu meminta kepada-Ku melainkan Aku akan memberikan kepadamu sama ada dipercepatkannya bagimu atau disimpannya bagimu (di akhirat kelak).” [Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Maradh wa al-Kaffarat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4993]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman