Sesungguhnya Allah apabila Dia menyebut sesuatu, maka apa yang Dia sebut itu menjadi sangat mulia

TEKS BAHASA ARAB

إن الله إذا ذكر شيئاً تعاظم ذكره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah apabila Dia menyebut sesuatu, maka apa yang Dia sebut itu menjadi sangat mulia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1451, hadis nombor 7378. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن بريدة: أن معاوية خرج من حمام حمص، فقال لغلامه: ائتني لبستي، فلبسهما، ثم دخل مسجد حمص، فركع ركعتين، فلما فرغ إذا هو بناس جلوس فقال لهم: ما يجلسكم؟ قالوا: صلينا الصلاة المكتوبة، ثم قص القاص، فلما فرغ قعدنا نتذاكر سنة رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال معاوية: ما من رجل أدرك النبي صلى الله عليه وسلم أقل حديثاً عنه مني، إني سأحدثكم بخصلتين حفظتهما من رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ما من رجل يكون على الناس فيقوم على رأسه الرجال يحب أن تكثر الخصوم عنده فيدخل الجنة)). قال: وكنت مع النبي صلى الله عليه وسلم يوماً، فدخل المسجد، فإذا هو بقوم في المسجد قعود، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: ((ما يقعدكم؟)) قالوا: صلينا الصلاة المكتوبة، ثم قعدنا نتذاكر كتاب الله وسنة نبيه صلى الله عليه وسلم، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن الله إذا ذكر شيئاً تعاظم ذكره)). [ك، فر، ((الضعيفة)) (3045)]

(Lemah)
Daripada Ibn Buraidah bahawa Mu‘āwiyah telah keluar dari tempat mandian wap di Hims (atau Homs – nama bandar di Syam), lalu beliau berkata kepada hambanya: “Bawakan kepadaku dua pakaianku”, lalu beliau memakainya kemudian masuk ke masjid Hims, beliau pun solat dua rakaat. Setelah selesai, ketika itu ada sekumpulan orang sedang duduk, Mu‘āwiyah pun bertanya: “Apakah tujuan kalian duduk di sini?”. Mereka menjawab: “Kami mendirikan solat fardu, kemudian ada tukang cerita bercerita. Setelah selesai, kami pun duduk sambil saling menyebut tentang sunnah Rasulullah SAW. Lalu Mu‘āwiyah berkata: “Tidak ada orang yang pernah bertemu Nabi SAW yang paling sedikit hadis daripada baginda berbanding aku. Sesungguhnya aku akan menceritakan kepada kalian dua perkara yang aku hafal daripada Rasulullah SAW: “Tidaklah seseorang yang ada kedudukan dalam kalangan orang ramai, lalu orang-orang berdiri di hadapannya (memuliakannya), (namun) dia suka untuk musuhnya menjadi ramai di sisinya, maka dia akan masuk syurga”. Mu’awiyah berkata: “Pernah ketika aku bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, Baginda pun masuk ke masjid, ketika itu ada satu kumpulan yang sedang duduk dalam masjid tersebut. Nabi SAW pun bertanya: “Apakah tujuan kamu semua duduk?”. Mereka berkata: “Kami baru selesai solat fardu, kemudian kami pun duduk sambil saling menyebut tentang Kitabullah dan sunnah nabi-Nya SAW”. Rasulullah SAW pun bersabda: “Sesungguhnya Allah apabila Dia menyebut sesuatu, maka apa yang Dia sebut itu menjadi sangat mulia”.
[Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3045].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs