Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ إذا ذَكَرَ شَيئًا تَعاظَم ذِكرُه.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah apabila Dia menyebut sesuatu, maka apa yang Dia sebut itu menjadi sangat mulia.
Sahabat Perawi
- Ibn Buraidah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1451, hadis no. 7378. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Ibn Buraidah bahawa Mu‘āwiyah telah keluar dari tempat mandian wap di Hims (atau Homs - nama bandar di Syam), lalu beliau berkata kepada hambanya: “Bawakan kepadaku dua pakaianku”, lalu beliau memakainya kemudian masuk ke masjid Hims, beliau pun solat dua rakaat. Setelah selesai, ketika itu ada sekumpulan orang sedang duduk, Mu‘āwiyah pun bertanya: “Apakah tujuan kalian duduk di sini?”. Mereka menjawab: “Kami mendirikan solat fardu, kemudian ada tukang cerita bercerita. Setelah selesai, kami pun duduk sambil saling menyebut tentang sunnah Rasulullah SAW. Lalu Mu‘āwiyah berkata: “Tidak ada orang yang pernah bertemu Nabi SAW yang paling sedikit hadis daripada baginda berbanding aku. Sesungguhnya aku akan menceritakan kepada kalian dua perkara yang aku hafal daripada Rasulullah SAW: “Tidaklah seseorang yang ada kedudukan dalam kalangan orang ramai, lalu orang-orang berdiri di hadapannya (memuliakannya), (namun) dia suka untuk musuhnya menjadi ramai di sisinya, maka dia akan masuk syurga”. Mu'awiyah berkata: “Pernah ketika aku bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, Baginda pun masuk ke masjid, ketika itu ada satu kumpulan yang sedang duduk dalam masjid tersebut. Nabi SAW pun bertanya: “Apakah tujuan kamu semua duduk?”. Mereka berkata: “Kami baru selesai solat fardu, kemudian kami pun duduk sambil saling menyebut tentang Kitabullah dan sunnah nabi-Nya SAW”. Rasulullah SAW pun bersabda: “Sesungguhnya Allah apabila Dia menyebut sesuatu, maka apa yang Dia sebut itu menjadi sangat mulia”. [Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3045].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman