Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نعم، والّذِي نفسِي بِيدِه! إِنّ اللّه ليوحي إلى شجر الجنّةِ: أن أسمعي عبادي الذين شغلوا أنفسهم عن المعازف والمَزَامِير بذكري، فتسمعهم بأصوات مَا سمع الخَلاَئِق مثلها قط؛ بالتَّسبِيح والتَّقدِيس.
Teks Bahasa Melayu
Ya, demi jiwaku yang berada di tanganNya! Sesungguhnya Allah akan mewahyukan kepada pokok-pokok di syurga: Perdengarkanlah (bunyi-bunyian yang indah) kepada hambaKu yang menyibukkan diri mereka daripada alat muzik dan seruling kerana berzikir kepadaKu (mengingati-Ku). Lalu mereka akan mendengar suara-suara yang tidak pernah satu ciptaan pun mendengar yang seumpamanya, iaitu dengan bertasbih dan menyucikan Allah.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 718, hadis no. 3667. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رجل: يا رسول الله! هل في الجنة سماع؛ فإني أحب السماع؟ قال: نعم، والذي نفسي بيده! إن الله ليوحي إلى شجر الجنة: أن أسمعي عبادي الذين شغلوا أنفسهم عن المعازف والمزامير بذكري، فتسمعهم بأصوات ما سمع الخلائق مثلها قط؛ بالتسبيح والتقديس. [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (6503)]
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah! Adakah di syurga ada bunyi-bunyian, kerana aku sukakan bunyi-bunyian? Baginda bersabda: Ya, demi jiwaku yang berada di tanganNya! Sesungguhnya Allah akan mewahyukan kepada pokok-pokok di syurga: Perdengarkanlah (bunyi-bunyian yang indah) kepada hambaKu yang menyibukkan diri mereka daripada alat muzik dan seruling kerana berzikir kepadaKu (mengingati-Ku). Lalu mereka akan mendengar suara-suara yang tidak pernah satu ciptaan pun mendengar yang seumpamanya, iaitu dengan bertasbih dan menyucikan Allah. [Riwayat al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6503]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman