Sesungguhnya Allah akan menghapuskan daripada seorang yang beriman dosa-dosanya ke semuanya jika dia demam satu malam

TEKS BAHASA ARAB

إنَّ اللهَ لَيُكَفِّرُ عَنِ المؤمنِ خطاياه كلَّها بحُمَّى ليلة

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah akan menghapuskan daripada seorang yang beriman dosa-dosanya ke semuanya jika dia demam satu malam.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1763, hadis nombor 8876. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن الحسن -رضي الله عنه- عن رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((إنَّ اللهَ لَيُكَفِّرُ عَنِ المؤمنِ خطاياه كلَّها بحُمَّى ليلة.)) [ابن أبي الدنيا في ((المرض والكفارات، ((الضعيفة)) (6144)].

(Munkar)
Daripada al-Hasan RA daripada Rasulullah SAW: ((Sesungguhnya Allah akan menghapuskan daripada seorang yang beriman dosa-dosanya ke semuanya jika dia demam satu malam.))
[Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Maradh dan al-Kaffarat. Lihat Silsilah al-Da’fah no. 6144].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.