Sesungguhnya Allah akan membangkitkan kamu pada hari Kiamat sebagai orang yang melakukan perbuatan salah, kecuali orang yang benar, menghubungkan silaturahim dan menunaikan amanah

TEKS BAHASA ARAB

أن النبي صلى الله عليه وسلم أتى جماعة من التجار، فقال: " يا معشر التجار! "، فاستجابوا له ومدوا إليه أعناقهم؛ فقال: ((يا معشر التجار! إن الله باعثكم يوم القيامة فجارا؛ إلا من صدق ووصل، وأدى الأمانة)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW mendatangi sekelompok peniaga dan berkata: “Wahai peniaga sekalian!” Lalu mereka menjawab dan memanjangkan leher mereka (menoleh ke arah baginda). Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah akan membangkitkan kamu pada hari Kiamat sebagai orang yang melakukan perbuatan salah, kecuali orang yang benar (jujur), menghubungkan silaturahim dan menunaikan amanah.”

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 635, hadis nombor 3292. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عَنْ اِبْنِ عَبَّاسٍ – رضي الله عنهما -، قال: أن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أتى جماعة من التجار، فقال: ((يَا ‌مَعْشَرَ ‌التُّجَّارِ!))، فَاسْتَجَابُوا لَهُ وَمَدُّوا إليه أَعْنَاقَهُمْ؛ فقال: ((إن الله بَاعِثُكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فُجَّاراً؛ إِلا مَنْ صَدَقَ وَوَصَلَ، وَأَدَّى الأَمَانَةَ)). [ابن حبان في ((الضعفاء))، الطبري في ((تهذيب الأثار))، طب، ((الضعيفة)) (6067)].

(Munkar)
Daripada Ibn Abbas RA beliau berkata: Nabi SAW mendatangi sekelompok peniaga dan berkata: “Wahai peniaga sekalian!” Lalu mereka menjawab dan memanjangkan leher mereka (menoleh ke arah baginda). Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah akan membangkitkan kamu pada hari Kiamat sebagai orang yang melakukan perbuatan salah, kecuali orang yang benar (jujur), menghubungkan silaturahim dan menunaikan amanah.”
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du’afa’, Ibn al-Jauzi dalam al-Maudu'at, al-Tabari dalam Tahzib al-Athar dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6067].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs