Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أتى جماعة من التجار، فقال: ((يَا مَعْشَرَ التُّجَّارِ!))، فَاسْتَجَابُوا لَهُ وَمَدُّوا إليه أَعْنَاقَهُمْ؛ فقال: ((إن الله بَاعِثُكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فُجَّاراً؛ إِلا مَنْ صَدَقَ وَوَصَلَ، وَأَدَّى الأَمَانَةَ)).
Teks Bahasa Melayu
Nabi SAW mendatangi sekelompok peniaga dan berkata: “Wahai peniaga sekalian!” Lalu mereka menjawab dan memanjangkan leher mereka (menoleh ke arah baginda). Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah akan membangkitkan kamu pada hari Kiamat sebagai orang yang melakukan perbuatan salah, kecuali orang yang benar (jujur), menghubungkan silaturahim dan menunaikan amanah.”
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 635, hadis no. 3292. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عَنْ اِبْنِ عَبَّاسٍ - رضي الله عنهما -، قال: أن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أتى جماعة من التجار، فقال: ((يَا مَعْشَرَ التُّجَّارِ!))، فَاسْتَجَابُوا لَهُ وَمَدُّوا إليه أَعْنَاقَهُمْ؛ فقال: ((إن الله بَاعِثُكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فُجَّاراً؛ إِلا مَنْ صَدَقَ وَوَصَلَ، وَأَدَّى الأَمَانَةَ)). [ابن حبان في ((الضعفاء))، الطبري في ((تهذيب الأثار))، طب، ((الضعيفة)) (6067)].
(Munkar) Daripada Ibn Abbas RA beliau berkata: Nabi SAW mendatangi sekelompok peniaga dan berkata: “Wahai peniaga sekalian!” Lalu mereka menjawab dan memanjangkan leher mereka (menoleh ke arah baginda). Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah akan membangkitkan kamu pada hari Kiamat sebagai orang yang melakukan perbuatan salah, kecuali orang yang benar (jujur), menghubungkan silaturahim dan menunaikan amanah.” [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du’afa’, Ibn al-Jauzi dalam al-Maudu'at, al-Tabari dalam Tahzib al-Athar dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6067].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman