Sesungguhnya Allah akan membangkitkan kalian pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

إن الله باعثكم يوم القيامة فجارا؛ إلا من صدق ووصل، وأدى الأمانة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah akan membangkitkan kalian pada hari kiamat sebagai orang yang berdosa melainkan orang yang benar, yang menyambung tali persaudaraan dan yang menunaikan amanah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1943, hadis nombor 9739. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: أن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أتى جماعة من التجار، فقال: يَا مَعْشَرَ التُّجَّارِ فَاسْتَجَابُوا لَهُ وَمَدُّوا إليه أَعْنَاقَهُمْ؛ فقال: إِنَّ اللَّهَ بَاعِثُكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فُجَّاراً؛ إِلا مَنْ صَدَقَ وَوَصَلَ، وَأَدَّى الأَمَانَةَ.
[ابن حبان في ((الضعفاء))، ابن الجوزي، الطبري في ((تهذيب الأثار))، طب، ((الضعيفة)) (6067)]

(Munkar)
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Sesungguhnya Nabi SAW pernah pergi kepada sekumpulan peniaga. Baginda bersabda: Wahai peniaga sekalian. Mereka menyahut seruan Nabi dan menjenguk. Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Allah akan membangkitkan kalian pada hari kiamat sebagai orang yang berdosa melainkan orang yang benar, yang menyambung tali persaudaraan dan yang menunaikan amanah.
[Riwayat Imam Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa, Imam Ibn Jauzi, Imam al-Tabari dalam Tahzib Athar dan Imam al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6067]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs