Sesungguhnya Allah akan membangkitkan golongan syuhada’ daripada Masjid al-‘Asysyar pada hari Kiamat kelak

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله يبعث من مسجد العشار يوم القيامة شهداء، لا يقوم مع شهداء بدر غيرهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah akan membangkitkan golongan syuhada’ daripada Masjid al-‘Asysyar pada hari Kiamat kelak, tidak akan dibangkitkan bersama dengan para syuhada’ pada peperangan Badar selain mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 273, hadis nombor 1417. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- أنه سمع أبا القاسم صلى الله عليه وسلم يقول: ((إن الله يبعث من مسجد العشار يوم القيامة شهداء، لا يقوم مع شهداء بدر غيرهم)).
[د، عق، هب، ((الضعيفة)) (‌‌3116)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA bahawa beliau mendengar Abu al-Qasim S.A.W bersabda: Sesungguhnya Allah akan membangkitkan golongan syuhada’ daripada Masjid al-‘Asysyar pada hari Kiamat kelak, tidak akan dibangkitkan bersama dengan para syuhada’ pada peperangan Badar selain mereka.
[Riwayat Sunan Abu Daud, al-Dhu’afa’ al-Kabir oleh Al-’Uqaili, Syu’ab al-Iman oleh Al Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3116]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.