Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن اللهَ يَبعثُ مِن مَسْجِدِ العَشَّارِ يومَ القيامةِ شُهداءَ، لا يقومُ مع شُهداءِ بَدْرٍ غيرُهم.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah akan membangkitkan golongan syuhada’ daripada Masjid al-‘Asysyar pada hari Kiamat kelak, tidak akan dibangkitkan bersama dengan para syuhada’ pada peperangan Badar selain mereka.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 273, hadis no. 1417. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- أنه سمع أبا القاسم صلى الله عليه وسلم يقول: ((إن الله يبعث من مسجد العشار يوم القيامة شهداء، لا يقوم مع شهداء بدر غيرهم)). [د، عق، هب، ((الضعيفة)) (3116)]
(Daif) Daripada Abu Hurairah RA bahawa beliau mendengar Abu al-Qasim S.A.W bersabda: Sesungguhnya Allah akan membangkitkan golongan syuhada’ daripada Masjid al-‘Asysyar pada hari Kiamat kelak, tidak akan dibangkitkan bersama dengan para syuhada’ pada peperangan Badar selain mereka. [Riwayat Sunan Abu Daud, al-Dhu’afa’ al-Kabir oleh Al-’Uqaili, Syu’ab al-Iman oleh Al Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3116]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman