Sesungguhnya Allah akan memasukkan dengan satu haji 3 golongan ke syurga

TEKS BAHASA ARAB

إن الله – عز وجل – يدخل بالحجة الواحدة ثلاثة ‌نفر ‌الجنة: الميت، والحاج عنه، والمنفذ ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah akan memasukkan dengan satu haji 3 golongan ke syurga: Orang yang mati, orang yang melakukan haji untuknya serta orang yang menguruskannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 734, hadis nombor 3746. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر بن عبد الله – رضي الله عنهما – قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إن الله – عز وجل – يدخل بالحجة الواحدة ثلاثة ‌نفر ‌الجنة: الميت، والحاج عنه، والمنفذ ذلك)). [هق، ((الضعيفة)) (1964)]

(Lemah)
Daripada Jabir bin Abdullah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah akan memasukkan dengan satu haji 3 golongan ke syurga: Orang yang mati, orang yang melakukan haji untuknya serta orang yang menguruskannya.
[Riwayat al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1964]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs