Sesungguhnya Allah akan memanfaatkan seorang hamba dengan dosa yang dia lakukan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله لينفع العبد بالذنب يذنبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah akan memanfaatkan seorang hamba dengan dosa yang dia lakukan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2012, hadis nombor 10095. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: إن الله لينفع العبد بالذنب يذنبه.
[عق، القضاعي، ((الضعيفة)) (3105)]

(Lemah)
Daripada Ibn Umar RHuma secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: Sesungguhnya Allah akan memanfaatkan seorang hamba dengan dosa yang dia lakukan.
[Riwayat al-Uqaili dalam kitab al-Ḍu’afa’ al-Kabeer dan al-Quḍaei dalam Musnad al-Shihab. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3105]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.