TEKS BAHASA ARAB
إن الله ليغضب على من لا يسأله، ولا يفعل ذلك أحد غيره.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Allah akan marah kepada sesiapa yang tidak meminta kepadanya dan tidak ada seorang pun yang melakukan sedemikian (iaitu memarahi hamba yang tidak meminta kepadaNya), melainkan Allah.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1606, hadis nombor 8099. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((إِنَّ اللَّهُ لَيَغْضَب على من لا يسأله، ولا يفعل ذلك أحدٌ غيره)). [فر، ((الضعيفة)) (4040، 7101)].
(Munkar)
Daripada Abi Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya Allah akan marah kepada sesiapa yang tidak meminta kepadanya dan tidak ada seorang pun yang melakukan sedemikian (iaitu memarahi hamba yang tidak meminta kepadaNya), melainkan Allah.))
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4040, 7101].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.