Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah akan duduk pada hari Kiamat di atas sebuah jambatan yang terletak di tengah antara syurga dan neraka

Teks Bahasa Arab

حديث: إِنَّ اللَّهَ يَجْلِسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى الْقَنْطَرَةِ الْوُسْطَى، بَيْنَ الْجَنَّةِ والنار.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesungguhnya Allah akan duduk pada hari Kiamat di atas sebuah jambatan yang terletak di tengah antara syurga dan neraka.

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 448, 449, hadis no. 15. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه العقيلي عن أبي أمامة مرفوعًا، وفي إسناده: عثمان بن أبي العاتكة ليس بشيء.وقال في اللآلىء: روى له أبو داود، وابن ماجه، ونسبه دحيم إلي الصدق. وقال أحمد: لا بأس به، وقال النسائي: ضعيف.وله شاهد عند الطبراني عن ثوبان بنحوه مرفوعا.

Diriwayatkan oleh al-Uqaili daripada Abi Umamah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dalam sanadnya ada Uthman bin Abi Atikah laisa bisyai’. Dia berkata dalam al-Laali’: Diriwayatkan darinya Abu Daud, Ibn Majah dan Dahim menisbahkannya kepada benar. Ahmad berkata: La ba’sa bihi. Al-Nasaie berkata: Dhaif. Ada riwayat sokongan di sisi al-Tabarani daripada Thauban dengan lafaz yang sama secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW).

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.