Aku Tidak Mengetahuinya Dengan Lafaz Ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن اللهَ يسألُ عن صحبةِ ساعةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah akan bertanya tentang persahabatan yang seketika.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Aku Tidak Mengetahuinya Dengan Lafaz Ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 13, hadis no. 5. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا أعرفه بهذا اللفظ) ((إن الله يسأل عن صحبة ساعة)). [((الضعيفة)) (123)]
(Aku Tidak Mengetahuinya Dengan Lafaz Ini) Sesungguhnya Allah akan bertanya tentang persahabatan yang seketika. [Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.123]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman