Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap pemimpin yang menjaga rakyatnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله عز وجل سائل كل راع استرعاه ‌رعية ‌قلت أوكثرت، حتى يسأل الزوج عن زوجته، والوالد عن ولده، والرب عن خادمه؛ هل قام فيهم بأمر الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap pemimpin yang menjaga rakyatnya tidak kisah sedikit atau banyak, sehingga Allah akan bertanya kepada suami akan isterinya, seorang ayah akan anaknya, seorang tuan akan hambanya, adakah dia telah melaksanakan perintah Allah mahupun tidak.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 783, hadis nombor 4020. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الله بن عباس مرفوعا: إن الله عز وجل سائل كل راع استرعاه ‌رعية ‌قلت أوكثرت، حتى يسأل الزوج عن زوجته، والوالد عن ولده، والرب عن خادمه؛ هل قام فيهم بأمر الله. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) ( 2057)]

(Sangat Lemah) Daripada Abdullah bin Abbas RA secara marfu’: “Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap pemimpin yang menjaga rakyatnya tidak kisah sedikit atau banyak, sehingga Allah akan bertanya kepada suami akan isterinya, seorang ayah akan anaknya, seorang tuan akan hambanya, adakah dia telah melaksanakan perintah Allah mahupun tidak.” [Riwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2057]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.