Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ عَزَّ وجَلَّ سائِلٌ كلَّ راعٍ اسْتَرْعاهُ رَعِيَّةً قَلَّتْ أو كَثُرَتْ، حتى يَسْأَلَ الزوجَ عن زوجتِه، والوالدَ عن وَلَدِهِ، والربَّ عن خادِمِهِ، هل قام فيهِم بأَمْرِ اللهِ
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap pemimpin yang menjaga rakyatnya tidak kisah sedikit atau banyak, sehingga Allah akan bertanya kepada suami akan isterinya, seorang ayah akan anaknya, seorang tuan akan hambanya, adakah dia telah melaksanakan perintah Allah mahupun tidak.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 783, hadis no. 4020. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عبد الله بن عباس مرفوعا: إن الله عز وجل سائل كل راع استرعاه رعية قلت أوكثرت، حتى يسأل الزوج عن زوجته، والوالد عن ولده، والرب عن خادمه؛ هل قام فيهم بأمر الله. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) ( 2057)]
(Sangat Lemah) Daripada Abdullah bin Abbas RA secara marfu’: “Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap pemimpin yang menjaga rakyatnya tidak kisah sedikit atau banyak, sehingga Allah akan bertanya kepada suami akan isterinya, seorang ayah akan anaknya, seorang tuan akan hambanya, adakah dia telah melaksanakan perintah Allah mahupun tidak.” [Riwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2057]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman