Sesungguhnya Allah ada para malaikat yang berlegar-legar untuk menyampaikan salam

TEKS BAHASA ARAB

إن لله ملائكة سياحين يبلغوني عن أمتي السلام. قال: وقال رسول اللہ ﷺ: حياتي خير لكم، تحدثون ويحدث لكم، ووفاتي خير لكم، تعرض علي أعمالكم، فما رأيت من خير حمدت الله عليه، وما رأيت من شر استغفرت الله لكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah ada para malaikat yang berlegar-legar untuk menyampaikan salam umatku kepadaku. Perawi menyebut: Rasulullah SAW bersabda: "Hidupku merupakan kebaikan untuk kalian. Kalian boleh bercakap-cakap dan mereka boleh bercakap dengan kamu. Kewafatanku merupakan kebaikan untuk kalian. Amalan kalian dibentangkan padaku. Apa-apa kebaikan yang aku lihat, aku akan memuji Allah atas kebaikan tersebut. Apa-apa keburukan yang aku lihat, aku akan memohon ampun kepada Allah untuk kalian."

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1787, hadis nombor 8996. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله ابن مسعود عن النبي ﷺ قال: «إن لله ملائكة سياحين يبلغوني عن أمتي السلام»". قال: وقال رسول اللہ ﷺ: «حياتي خير لكم، تحدثون ويحدث لكم، ووفاتي خير لكم، تعرض علي أعمالكم، فما رأيت من خير حمدت الله عليه، وما رأيت من شر استغفرت الله لكم». [البزار، «الضعيفة» (975)].

(Lemah) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah ada para malaikat yang berlegar-legar untuk menyampaikan salam umatku kepadaku. Perawi menyebut: Rasulullah SAW bersabda: "Hidupku merupakan kebaikan untuk kalian. Kalian boleh bercakap-cakap dan mereka boleh bercakap dengan kamu. Kewafatanku merupakan kebaikan untuk kalian. Amalan kalian dibentangkan padaku. Apa-apa kebaikan yang aku lihat, aku akan memuji Allah atas kebaikan tersebut. Apa-apa keburukan yang aku lihat, aku akan memohon ampun kepada Allah untuk kalian." [ٌRiwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Dhaífah, no. 975]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs