Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya ‘Alī RA datang pada hari Basrah dengan emas dan perak, kemudian dilemparkannya

Teks Bahasa Arab

يا عليُّ! إنكَ ستقدَمُ على اللَّه أنتَ وشيعتُك راضينَ مَرضيِّين، ويقدَمُ عليه عدوُّك غِضاباً مُقمَحين.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya ‘Alī RA datang pada hari Basrah dengan emas dan perak, kemudian dilemparkannya dan berkata: “Jadilah engkau putih dan kuning, dan lalaikan lah orang selainku. Lalaikanlah Ahlu Syam esok hari jika mereka mendatangimu.” Maka perkataan (‘Ali RA) tersebut meresahkan manusia. Lalu disebutkan kepadanya perihal ini, maka beliau memanggil manusia berkumpul, sehingga mereka mendatanginya, dan beliau berkata: “Sesungguhnya kekasihku Rasulullah SAW bersabda: “Wahai ‘Alī! Sesungguhnya engkau dengan kelompok engkau akan bertemu dengan Allah SWT dalam keadaan kamu reda dengan-Nya dan Allah SWT Reda dengan engkau. Sementara musuh-musuhmu akan bertemu dengan Allah SWT dalam keadaan marah dan tangan-tangan mereka akan terikat di leher-leher mereka.” Kemudian ‘Alī RA mencantumkan tangannya di lehernya untuk menunjukkan kepada mereka (bagaimana) ikatan itu.

Sahabat Perawi

  1. ‘Abdullah ibn Najī RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 530, hadis no. 2809.

(موضوع) عن عبد الله بن نجي، قال: أن عليا أتي يوم البصرة بذهب أو فضة، فنكت وقال: ابيضي واصفري، وغري غيري. غري أهل الشام غدا لو ظهروا عليك. فشق قوله ذلك على الناس، فذكر ذلك له، فأذن في الناس، فدخلوا عليه، فقال: إن خليلي ﷺ قال: «يا علي! إنك ستقدم على الله أنت وشيعتك راضين مرضيين، ويقدم عليه عدوك غضابا مقمحين». ثم جمع على يديه على عنقه يريهم کیف الإقماح. [طس، «الضعيفة» (5589)].ٍ

(Palsu) Daripada ‘Abdullah ibn Najī RA berkata: “Sesungguhnya ‘Alī RA datang pada hari Basrah dengan emas dan perak, kemudian dilemparkannya dan berkata: “Jadilah engkau putih dan kuning, dan lalaikan lah orang selainku. Lalaikanlah Ahlu Syam esok hari jika mereka mendatangimu.” Maka perkataan (‘Ali RA) tersebut meresahkan manusia. Lalu disebutkan kepadanya perihal ini, maka beliau memanggil manusia berkumpul, sehingga mereka mendatanginya, dan beliau berkata: “Sesungguhnya kekasihku Rasulullah SAW bersabda: “Wahai ‘Alī! Sesungguhnya engkau dengan kelompok engkau akan bertemu dengan Allah SWT dalam keadaan kamu reda dengan-Nya dan Allah SWT Reda dengan engkau. Sementara musuh-musuhmu akan bertemu dengan Allah SWT dalam keadaan marah dan tangan-tangan mereka akan terikat di leher-leher mereka.” Kemudian ‘Alī RA mencantumkan tangannya di lehernya untuk menunjukkan kepada mereka (bagaimana) ikatan itu. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam Kitab al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5589].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.