Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya al-Wala’ tidak boleh ditukar atau dipindahkan

Teks Bahasa Arab

إنَّ الوَلاءَ ليس يُحوَّلُ ولا يُنقَلُ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya al-Wala’ (kepatuhan dan kesetiaan itu) tidak boleh ditukar atau dipindahkan.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 488, hadis no. 4050. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عباس مرفوعا: إن الولاء ‌ليس ‌يحول ولا ينقل. [البزار، طب، الدولابي، ((الضعيفة)) (3126)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin Abbas RA secara marfu’: “Sesungguhnya al-Wala’ (kepatuhan dan kesetiaan itu) tidak boleh ditukar atau dipindahkan.” [Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Dulabi dalam al-Kuna wa al-Asma’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3126]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.