Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya al-Quran merupakan hidangan Allah maka belajarlah daripada hidangan-Nya setakat yang kamu mampu

Teks Bahasa Arab

إنَّ هذا القرآنَ مَأْدُبَةُ اللهِ فتعلَّموا من مُأْدُبَتِهِ ما استطعتمْ ، إنَّ هذا القرآنَ هو حبلُ اللهِ والنورُ المبينُ والشفاءُ النافعُ ، عصمةٌ لمن تَمَسَّكَ بهِ ونجاةٌ لمن تبعهُ ولا يَعْوَجُّ فيقومُ ولا يزيغُ فيستعتبُ ولا تَنقضي عجائبُه ولا يخلقُ من كثرةِ الرَدِّ ، فاتلوهُ فإنَّ اللهَ يأجرُكم على تلاوتِه بكلِّ حرفٍ عشرَ حسناتٍ . أما إنِّي لا أقولُ لكم : {الم} حرفٌ ولكن ألفٌ حرفٌ ولامٌ حرفٌ وميمٌ حرفٌ ثلاثونَ حسنةً.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya al-Quran merupakan hidangan Allah, maka belajarlah daripada hidangan-Nya setakat yang kamu mampu. Sesungguhnya al-Quran ini merupakan tali Allah, cahaya yang jelas, penyembuh yang bermanfaat, perlindungan bagi yang berpegang dengannya, kejayaan bagi yang mengikutnya, tidaklah seseorang itu menyimpang melainkan dengannya (al-Qur'an), dia menemui jalan lurus, tidaklah seseorang itu terpesong melainkan dengannya dia akan kembali ke pangkal jalan, ia (al-Qur'an) tidak akan terhenti keajaibannya dan tidak puas dibaca walaupun banyak diulang. Maka bacalah ia, sesungguhnya Allah memberikan ganjaran kepada kamu di atas setiap bacaan kamu untuk setiap huruf sepuluh kebaikan. Aku tidak katakan kepada kamu “Alif, Laam, Miim” itu satu huruf tetapi: alif satu uruf, lam satu huruf dan mim satu huruf, maka terhimpun padanya (huruf-huruf tersebut) tiga puluh kebaikan.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas'ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1583, hadis no. 8007. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله ابن مسعود -رضي الله عنه- قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((إن هذا القرآن مأدبة الله فتعلموا من مأدبته ما استطعتم، إن هذا القرآن هو حبل الله والنور المبين والشفاء النافع، عصمة لمن تمسك به ونجاة لمن تبعه، ولا يعوج فيقوم، ولا يزيغ فيستعتب، ولا تنقضي عجائبه، ولا يخلق من كثرة الرد. فاتلوه؛ فإن الله يأجركم على تلاوته بكل حرف عشر حسنات، أما إني لا أقول لكم: {الم} حرف، ولكن: ألف حرف، ولام حرف، وميم حرف؛ ثلاثون حسنة)). [ش، ابن حبان في ((الضعفاء))، ابن الجوزي في ((العلل))، ك، هب، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، الشجري، ((الضعيفة)) (6842)].

(Lemah) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata: Telah berkata Nabi SAW: ((Sesungguhnya al-Quran merupakan hidangan Allah, maka belajarlah daripada hidangan-Nya setakat yang kamu mampu. Sesungguhnya al-Quran ini merupakan tali Allah, cahaya yang jelas, penyembuh yang bermanfaat, perlindungan bagi yang berpegang dengannya, kejayaan bagi yang mengikutnya, tidaklah seseorang itu menyimpang melainkan dengannya (al-Qur'an), dia menemui jalan lurus, tidaklah seseorang itu terpesong melainkan dengannya dia akan kembali ke pangkal jalan, ia (al-Qur'an) tidak akan terhenti keajaibannya dan tidak puas dibaca walaupun banyak diulang. Maka bacalah ia, sesungguhnya Allah memberikan ganjaran kepada kamu di atas setiap bacaan kamu untuk setiap huruf sepuluh kebaikan. Aku tidak katakan kepada kamu “Alif, Laam, Miim” itu satu huruf tetapi: alif satu uruf, lam satu huruf dan mim satu huruf, maka terhimpun padanya (huruf-huruf tersebut) tiga puluh kebaikan.)) [Riwayat Ibn Abi Shaibah di dalam Musannafnya, Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’, Ibn al-Jawzi dalam al-‘Ilal, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, Abu Nu’aim dalam Akhbar Ashbahan, dan al-Shajari. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6842)].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.