Sesungguhnya al-Quran ini diturunkan dengan kesedihan jika kamu membacanya maka menangislah

TEKS BAHASA ARAB

إن هذا القرآن نزل بحزن، فإذا قرأتموه، فابكوا، فإن لم تبكوا، فتباكوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya al-Quran ini diturunkan dengan kesedihan, jika kamu membacanya maka menangislah. Sekiranya kamu tidak menangis, buat-buatlah (cubalah) menangis.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1583, hadis nombor 8008. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سعد بن مالك قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم- : ((إن هذا القرآن نزل بحُزن، فإذا قرأتموه، فابكوا، فإن لم تبكوا، فتباكوا)). [ه، ع، هق، هب، أبو العباس الأصم في ((حديثه))، المزي، ((الضعيفة)) (6511)].

(Lemah)
Daripada Sa’ad Bin Malik RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: ((Sesungguhnya al-Quran ini diturunkan dengan kesedihan, jika kamu membacanya maka menangislah. Sekiranya kamu tidak menangis, buat-buatlah (cubalah) menangis.))
[Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya, Abi Ya’la dalam Musnadnya,al-Uqaili dalam al-Dhu’afa, Abd al-Razzaq dalam Musannafnya, Abu al-Abbas al-Asm dalam hadithnya, dan al-Mizzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6511)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.