Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ هذا القرآنَ نزلَ بحُزْنٍ فإذا قرأتموهُ فابكوا فإن لم تبكوا فتباكَوا.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya al-Quran ini diturunkan dengan kesedihan, jika kamu membacanya maka menangislah. Sekiranya kamu tidak menangis, buat-buatlah (cubalah) menangis.
Sahabat Perawi
- Sa'ad bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1583, hadis no. 8008. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سعد بن مالك قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم- : ((إن هذا القرآن نزل بحُزن، فإذا قرأتموه، فابكوا، فإن لم تبكوا، فتباكوا)). [ه، ع، هق، هب، أبو العباس الأصم في ((حديثه))، المزي، ((الضعيفة)) (6511)].
(Lemah) Daripada Sa’ad Bin Malik RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: ((Sesungguhnya al-Quran ini diturunkan dengan kesedihan, jika kamu membacanya maka menangislah. Sekiranya kamu tidak menangis, buat-buatlah (cubalah) menangis.)) [Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya, Abi Ya’la dalam Musnadnya,al-Uqaili dalam al-Dhu’afa, Abd al-Razzaq dalam Musannafnya, Abu al-Abbas al-Asm dalam hadithnya, dan al-Mizzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6511)].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman