Sesungguhnya al-Qur’an ini adalah jamuan Allah

TEKS BAHASA ARAB

إن هذا القرآن مأدبة الله؛ فتعلموا من مأدبته ما استطعتم. إن هذا القرآن هو حبل الله، النور المبين، والشفاء النافع؛ عصمة لمن تمسك به، ونجاة لمن تبعه، ولا يعوج فيقوم، ولا يزيغ فيستعتب، ولا تنقضي عجائبه، ولا يخلق من كثرة الرد. فاتلوه؛ فإن الله يأجركم على تلاوته بكل حرف عشر حسنات، أما إني لا أقول لكم: ((الم)) حرف، ولكن: ألف حرف، ولام حرف، وميم حرف؛ ثلاثون حسنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya al-Qur’an ini adalah jamuan Allah, maka hendaklah kalian mempelajari daripada jamuan-Nya ini mengikut kadar kemampuan kalian, dan sesungguhnya al-Qur’an ini adalah hubungan Allah dan cahaya yang jelas dan rawatan yang memberikan manfaat, terlepas daripada dosa barangsiapa yang berpegang teguh dengannya (al-Qur’an) dan barang siapa yang mengikutinya (al-Qur’an) maka tidak akan tersesat, dan tidak akan menyimpang jauh bagi sesiapa yang mengamalkannya, dan tidak akan luput kehebatannya sekalipun ramai yang menolaknya. Bacalah ia, maka sesungguhnya Allah akan memberikan pahala ganjaran bagi kamu yang membacanya setiap huruf itu sepuluh pahala. Adapun aku, tidak menyatakan kepada kamu bahawa (الم) itu satu huruf. Akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf (yang menjadikan kamu akan mendapat) 30 pahala.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1186, hadis nombor 6018. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه -، قال: قال – صلى الله عليه وسلم -: ((إن هذا القرآن مأدبة الله؛ فتعلموا من مأدبته ما استطعتم. إن هذا القرآن هو حبل الله، النور المبين، والشفاء النافع؛ عصمة لمن تمسك به، ونجاة لمن تبعه، ولا يعوج فيقوم، ولا يزيغ فيستعتب، ولا تنقضي عجائبه، ولا يخلق من كثرة الرد. فاتلوه؛ فإن الله يأجركم على تلاوته بكل حرف عشر حسنات، أما إني لا أقول لكم: ((الم)) حرف، ولكن: ألف حرف، ولام حرف، وميم حرف؛ ثلاثون حسنة)). [ش، ابن حبان في ((الضعفاء))، ابن الجوزي في ((العلل المتناهية))، ك، هب، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، الشجري، ((الضعيفة)) (6842)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud RA, telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya al-Qur’an ini adalah jamuan Allah, maka hendaklah kalian mempelajari daripada jamuan-Nya ini mengikut kadar kemampuan kalian, dan sesungguhnya al-Qur’an ini adalah hubungan Allah dan cahaya yang jelas dan rawatan yang memberikan manfaat, terlepas daripada dosa barangsiapa yang berpegang teguh dengannya (al-Qur’an) dan barang siapa yang mengikutinya (al-Qur’an) maka tidak akan tersesat, dan tidak akan menyimpang jauh bagi sesiapa yang mengamalkannya, dan tidak akan luput kehebatannya sekalipun ramai yang menolaknya. Bacalah ia, maka sesungguhnya Allah akan memberikan pahala ganjaran bagi kamu yang membacanya setiap huruf itu sepuluh pahala. Adapun aku, tidak menyatakan kepada kamu bahawa (الم) itu satu huruf. Akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf (yang menjadikan kamu akan mendapat) 30 pahala.
[Riwayat Ibn Abi Syaybah dalam Musannaf beliau, Ibn Hibban dalam al-Du’afa, Ibn al-Jawzi dalam ‘Ilal al-Mutanahiah, al-Hakim dalam Mustadrak beliau, al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman, Abu Nu’aym dalam Akhbar Asbahan, dan al-Syajri. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 6842]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs