Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya al-Quran ini adalah jamuan Allah, maka pelajarilah daripada jamuan-Nya ini

Teks Bahasa Arab

إنَّ هَذَا القُرآنَ مَأْدُبَةُ اللهِ؛ فتعلَّموا من مُأْدُبَتِهِ مَا استَطَعتُمْ. إِنَّ هَذَا القُرآنَ هُوَ حَبلُ اللهِ وَالنُّورُ المُبِينُ، وَالشِّفَاءُ النافعُ؛ عِصمَةٌ لِمَنْ تَمَسَّكَ بِهِ، وَنَجَاةٌ لِمَن تَبِعَهُ، وَلَا يَعْوَجُّ فَيقوَّمُ، وَلَا يزيغُ فَيستعتبُ، وَلَا تَنقضِي عَجَائِبُهُ، وَلَا يَخلقُ من كَثرَةِ الرَدِّ. فَاتلُوهُ؛ فَإِنَّ اللهَ يَأْجُرُكُم عَلَى تِلَاوَتِهِ بِكُلِّ حرفٍ عَشرَ حَسَنَاتٍ، أَمَا إنِّي لَا أَقُولُ لَكُم: (( الم )) حرفٌ، وَلَكِنْ: أَلِفٌ حرفٌ، وَلَامٌ حرفٌ، وَمِيمٌ حرفٌ، ثَلَاثُونَ حَسَنَةً.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya al-Quran ini adalah jamuan Allah, maka pelajarilah daripada jamuan-Nya ini mengikut kadar kemampuan kalian. Sesungguhnya al-Quran ini merupakan tali Allah dan cahaya yang jelas, serta penawar yang bermanfaat, ia pemelihara buat sesiapa yang berpegang teguh dengannya serta pertolongan buat sesiapa yang mengikutinya. Ia tidak bengkok sehingga perlu diluruskan, ia tidak menyimpang sehingga perlu dicela, dan ia tidak akan habis keajaiban-keajaibannya dan tidak akan usang sekalipun banyak bantahan. Maka bacalah (turutilah) ia, sesungguhnya Allah akan memberikan pahala atas bacaannya dengan setiap huruf sepuluh pahala. Adapun aku tidak menyatakan kepada kamu bahawa (آلم) itu satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf, (kesemuanya) 30 pahala.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas'ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1186, hadis no. 6018. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود - رضي الله عنه -، قال: قال - صلى الله عليه وسلم -: ((إن هذا القرآن مأدبة الله؛ فتعلموا من مأدبته ما استطعتم. إن هذا القرآن هو حبل الله، النور المبين، والشفاء النافع؛ عصمة لمن تمسك به، ونجاة لمن تبعه، ولا يعوج فيقوم، ولا يزيغ فيستعتب، ولا تنقضي عجائبه، ولا يخلق من كثرة الرد. فاتلوه؛ فإن الله يأجركم على تلاوته بكل حرف عشر حسنات، أما إني لا أقول لكم: (( الم )) حرف، ولكن: ألف حرف، ولام حرف، وميم حرف؛ ثلاثون حسنة)). [ش، ابن حبان في ((الضعفاء))، ابن الجوزي في ((العلل المتناهية))، ك، هب، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، الشجري، ((الضعيفة)) (6842)]

(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin Mas'ud RA, telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya al-Quran ini adalah jamuan Allah, maka pelajarilah daripada jamuan-Nya ini mengikut kadar kemampuan kalian. Sesungguhnya al-Quran ini merupakan tali Allah dan cahaya yang jelas, serta penawar yang bermanfaat, ia pemelihara buat sesiapa yang berpegang teguh dengannya serta pertolongan buat sesiapa yang mengikutinya. Ia tidak bengkok sehingga perlu diluruskan, ia tidak menyimpang sehingga perlu dicela, dan ia tidak akan habis keajaiban-keajaibannya dan tidak akan usang sekalipun banyak bantahan. Maka bacalah (turutilah) ia, sesungguhnya Allah akan memberikan pahala atas bacaannya dengan setiap huruf sepuluh pahala. Adapun aku tidak menyatakan kepada kamu bahawa (آلم) itu satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf, (kesemuanya) 30 pahala. [Riwayat Abi Syaibah dalam Musannafnya, Ibn Hibban dalam al-Du’afa, Ibnl Jauzi dalam ‘Ilal al-Mutanahiah, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan, dan al-Syajri. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6842]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.