Sesungguhnya al-‘Asyr itu adalah hari raya Aidiladha

TEKS BAHASA ARAB

إن (العشر) عشر الأضحى، و(الوتر) يوم عرفة، و(الشفع) يوم النحر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya al-‘Asyr itu adalah hari raya Aidiladha, al-Watr itu adalah hari Arafah, dan al-Syaf’ itu adalah hari raya Korban (hari penyembelihan).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 739, hadis nombor 3781. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن جابر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن (العشر) عشر الأضحى، و(الوتر) يوم عرفة، و(الشفع) يوم النحر)). [حم، ابن جرير، البزار، ((الضعيفة)) (3178)]

(Munkar)
Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya al-‘Asyr itu adalah hari raya Aidiladha, al-Watr itu adalah hari Arafah, dan al-Syaf’ itu adalah hari raya Korban (hari penyembelihan).
[Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya, Ibn Jarir dan al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3178]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs